Untuk Apakah Anda Membayar Jurugambar Anda ( MESTI BACA )

|
gambar di atas tiada kene mengena dgn yg masih hidup atau yg telah meninggal dunia.


-Seperti yang tersiar di dalam majalah Pesona Pengantin
-Oleh: Hasnuddin Abu Samah, Pengarah Urusan, Adan Impresif.

Apabila anda mengupah seorang jurugambar untuk merakamkan gambar majlis perkahwinan anda, beliau akan mengenakan sejumlah harga tertentu bagi perkhidmatannya. Sekiranya anda tidak memahami akan proses yang terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan, anda tentu akan menganggap harga yang dikenakan adalah tidak setimpal. Berikut saya senaraikan 5 kos utama yang sebenarnya terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan:

1) Kos Peralatan Kamera
Untuk menghasilkan gambar perkahwinan yang baik memerlukan kamera yang berkualiti. Satu set kamera digital yang baik berharga dalam lingkungan RM 10,000. Selain dari kos pembelian, kos pemeliharaan juga diambil kira. Set kamera ini perlu dinaiktaraf, diservis dan diperbaiki jika berlaku kerosakan. Peralatan digital mengalami susut nilai yang lebih cepat berbanding peralatan kamera analog. Dengan mengambil kira semua kos inilah jurugambar mengenakan harga tertentu untuk perkhidmatan mereka. Ini bermakna, selain mengupah jurugambar, anda juga sebenarnya membayar kos ‘sewa’ peralatan mereka.

2) Kemahiran Jurugambar
Untuk menjadi seorang jurugambar yang baik, seseorang itu perlulah mempunyai kemahiran fotografi yang tinggi. Selain dari itu, jurugambar juga perlu mempunyai kemahiran lain seperti kreativiti, pandai berkomunikasi, mempunyai citarasa yang tinggi dan kemahiran lain. Kemahiran ini hanya dapat dikuasai dengan pengetahuan, latihan dan pengalaman. Ini bermakna, semakin tinggi kemahiran seseorang jurugambar itu, semakin tinggi pula harga yang akan dikenakan untuk perkhidmatannya.

3) Masa Perkhidmatan
Jurugambar adalah seorang profesional. Ini bermakna, beliau hanya akan mendapat bayaran dari kerja perkhidmatan yang dilakukan. Seseorang jurugambar cuma boleh merakam gambar untuk satu majlis sahaja pada sesuatu masa. Ini bermaksud, masa adalah satu faktor yang amat bernilai kepada seseorang jurugambar. Dengan itu, jurugambar mengenakan harga untuk perkhidmatannya berdasarkan berapa lama masa yang perlu diambil untuk sesuatu tugasan.

4) Perkhidmatan Selepas Rakaman
Setelah jurugambar selesai merakam gambar untuk majlis perkahwinan anda, tugas beliau sebenarnya tidak habis di situ sahaja. Beliau perlu menyunting kesemua gambar yang telah dirakam dengan memilih gambar yang terbaik sahaja. Sekiranya perlu, gambar yang terpilih akan diperbaiki lagi dari segi kecerahan, kontras, warna, ketajaman, komposisi dan sebagainya. Seterusnya, barulah gambar anda tadi akan dicetak. Selepas cetakan gambar siap, jurugambar akan meneliti kembali kualiti cetakan gambar. Gambar yang tidak sempurna akan dicetak kembali agar mencapai tahap kualiti yang dikehendaki. Akhir sekali, kesemua gambar-gambar tersebut akan disusun ke dalam album sebelum diserahkan kepada pelanggan.

5) Kos material
Selain dari kos perkhidmatan yang disebutkan di atas, kos material juga terlibat dalam menentukan harga perkhidmatan seseorang jurugambar. Antara kos material yang terlibat ialah kos pengangkutan, cetakan gambar, album, bil telefon, kos promosi serta lain-lain kos peniagaan.

Dengan mengetahui kos sebenar yang terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan, diharap anda akan lebih menghargai peranan seorang jurugambar walaupun anda terpaksa mengeluarkan sejumlah wang untuk membayar perkhidmatannya. Walau apa pun, sememangnya berbaloi untuk membelanjakan wang kepada sesuatu yang boleh anda tatap sehingga ke akhir hayat. Tambahan pula, ianya adalah gambar hari yang paling bahagia dalam hidup anda.

HASNUDDIN ABU SAMAH

kredit to http://nazarudindahlot.fotopages.com/



cuba bayangkan ye..

kos peralatan kamera &penyelenggaraan -Starting from RM3000 (kamera je tu,flash?lens?kalau lens pro yang gambar sharp sharp tu bukan rm2 hargenye ye...)

kos designing & printing album -RM500-RM700

kos transport -RM 100-rm300 (minyak,tol,penginapan)

kos topap utk deal ngan customer- RM rm50 (xkan sms sms je kot kan,kene la kol)

kos sewa internet utk marketing&promosi -RM 50

MASA utk anda edit album - kalau nk edit kurang kurang 2 minggu utk satu album, 1 minggu tu express la tu

upah jurugambar-Rm700-800 utk satu event

KREATIVITI, NILAI NILAI ARTISTIK pada seorang fotografer yg mengabadikan kenangan anda- PRICELESS....


so anda kira lah sendiri, ini cara kami untuk melakukan perniagaan,tiada istilah utk mencari keuntungan lebih dalam dunia wedding fotografi....




kat sini,aku bukan la nk kate aku ni pandai ke ape,aku pon baru lagi,tapi aku pon mula merasai ape yg full time photographer(dorg lagi rasa kot) bila persaingan harga yg tak sihat berlaku... bila aku promote kat kawan kawan, ramai kate harge aku mahal,padahal lepas tolak kos album,kos transport,kos peralatan, masa untuk aku edit album semua, untung aku kdg kdg x sampai rm300 utk satu job. mcm tu menoreh getah lagi untung wei musim hujan ni. kdg kdg, kite nak satu benda bagus,tapi kite letak nilai yg terlalu rendah,sampaikan nanti bila dah dapat benda yg kite nk dalam nilai rendah tu,mula la nk komplen itu ini... ade member aku,bile aku cite pasal harge aku,die kate harge aku ni mahal,baik suruh sedara mara die amek, free je. bile aku pegi kedai member member kameraman yg lain n cite pasal benda ni, diorg tegur aku,kate harge aku ni membunuh harge pasaran..so camne nk buat..tersepit pon ade kdg kdg..so harap harap,pasni ade artikel kat atas tu,kalian sume dapat nilailah sendiri, ape yang anda bayar tu. kos kamera bukan murah,lens,flash,sume sume lah, kos idea dan kreativiti tu yang terlalu mahal sebenarnye.so lepas ni,terpulang pada anda,pilihlah jurugambar perkahwinan anda dgn sebaiknya.jgn dek kerana kedekut nak keluarkan lebih sikit, nanti album anda akan dicebik sedara mara lain kerana x bape nk lawa...huhu...

minggu ni xde gambo,bizi huhu...

2 comments:

asilah zafirah said...

perghh , post entry nie i sukaa , bravo la , kena banyak belajar lagi nie denga senior , ishh

narutet said...

huhu..saya hanye postkan ape yg org lain tulis..papepon,entry ni sebenarnye mmg penting utk jaga standard dan market photography kat negara kite,sbb semua org ingat amek gambar ni senang,padahal sebaliknye...

Post a Comment

Blog Archive

Followers